Monday, November 9, 2009

Bermulanya Sebuah Penghidupan.

Muhammad Adib Iqbal bin Amir.
Lahir 26 Oktober 2009 (anak bunga/Fazana).
Selalunya orang berkata, penghidupan bermula apabila umur menjejak 40 tahun, dan ada juga yang berkata kalu penghidupan itu bermula pada umur 60 tahun, mana satu yang betul aku tidak pasti dan tak tahu. Pada mereka di kedua2 masa itu, ada mempunyai hujjah masing2. Yang mengatakan penghidupan bermula dengan umur 40 tahun, kerana itu masa yang selalunya pertukaran zaman, di antara zaman remaja ke zaman dewasa, pendeknya kalu masa mudanya dulu, apa2 yang dibuat kelakuan yang tidak berapa sempurna, maka bila sampai umur 40 tahun itu, seharusnya udah berhenti berperangai begitu dan insaf, mulakan dengan yang lebih bermakna.
Yang memakai pendirin hidup bermula di umur 60 tahun itu, berpendapat, di umur ke 60 tahun itulah kalu mau merasa hidup senang, sebab kalu yang bekerja itu udah pencen, kalu mau kaya dan senang barangkali itulah saat mulanya. Ada banyak waktu hendak buat apa2 pun, sepatutnya tiada apa2 gangguan lagi, barangkali penghidupan diterjemahkan sebagai kebebasan diri dari apa2 yang membebankan fikiran.
Kalu mengikut aku penghidupan itu bermula sebaik sahaja lahirnya seorang insan itu. Pengalaman pertama yang dilaluinya ialah kelahirannya itu sendiri, barangkali ia tidak tahu apa2, barangkali sakit dan susuh payah yang ditempuhnya dia tidak tahu, barangkali menyatakan kegembiraannya lahir kedunia ini adalah dengan sebuah tangisan.Barangkali yang nyata kalu ia sudah menangis itu, bukan sahaja ia bersyukar kepada yang maha berkuasa, tetapi juga ia menyatakan terima kasih kepada ibu yang melahirkannya, barangkali berterima kasih kepada doktor2 dan sesiapa juga yang sudi membantunya. Penghidupannya sudah bermula sekarang, walau pun masih terkapai2, mulut ternaganga minta disusui, menangis apabila merasa lapar dan dahaga, mau minta dibelai, menangis kalu tinggal seorang diri, belum ada upaya barangkali udah ngerti dan faham apa2.

No comments: