Sunday, November 15, 2009

Senaman Untuk Kesihatan Diri.

Berjalan kaki keluar dari Rumah Kediaman Sukarno di Bengkulu, Indonesia.

Menjelang usia begini, melakukan senaman untuk 3 kali seminggu itu, udah terasa malasnya. Mau menggoyang2kan kepala, bahu, leher, tangan dan kaki semacam satu pergerakkan yang sesuai untuk kanak2 sekolah sahaja. Melumpat terhenjut2 dengan tali skiping, macam budak2 sd sahaja, mau pula berjogging keliling kampung, nampak macam orang tua kurang pula, barangkali faktor2 seperti ini lah menyebabkan orang sebaya dengan aku di tempat aku tersangatlah kurang bersenam.
Ada sebuah padang golf di tempat aku, yuran keahliannya beribu2 ringgit, kalu aku yang berpendapatan sekadar cukup boli boreh ajo ni, kompunanlah nak mogang kayu golf itu. Ada padang sepak takrow di tempat aku, ramai budak2 muda main petang2, aku pula malu mau campur, sebab kepala aku tidak cukup keras untuk menanduk bola rotan itu, walau pun umur telah melebihi setengah abad.
Kata mereka, motong getah, menebas kebun, mencangkul sawah, kalu peluh keluar banyak, menganak sungai, apa perlu lagi bersenam terhenjut2? Tetapi bila beritahu doktor hal yang macam itu, dia senyum sahaja, tidak dapat dipastikan sama ada aktiviti2 yang sedemikian boleh dikatogerikan sebagai senaman, aku juga tidak tau?
Aku buat juga senaman, kalu tidak setiap pagi selama 30 minit, sekurang2nya tiga kali seminggu tu ada juga. Sebab pada aku, setidak2nya dapat badan sehat, selesa, selera makan ada, berjalan lagi boleh seperti biasa, dan aku telah alami rasa kecergasan fizikal adalah fit bila aku bersenam.

No comments: