Thursday, November 5, 2009

Menghappykan Diri.

Pemandangan di restoran GHHB Bengkulu.
Hari ini aku dan isteri keluar ke sebuah bandar kira2 30 km dari rumah kami. Kami kesitu cuma mau jalan2, rewang2, window shoping, kata orang, sambil membeli apa2 keperluan rumah yang kehabisan. Biasanya kami keluar berjalan itu, sekitar jam 10 pagi, kerana kalu sebelum jam itu biasanya kedai2, apa lagi pasaraya masih belum dibuka lagi. Kalu mau minum teh pun kedai makan yang kami selalu singgah itu masih belum mula berniaga lagi, rata2 kedai sama ada kedai barang2 mau pun kedai makan mula berniaga setiap hari kira2 jam 11 pagi.
Sebaik sahaja sampai di bandar itu, kebiasaannya kami singgah minum teh di salah sebuah restoran segera disitu. Ada banyak kenalan yang menjadi pekerja restoran tersebut, kalu lama tidak datang masing2 bertanyakan pergi ke mana ummi lama tidak nampak?. Mereka memanggil isteriku ummi, barangkali itulah panggilan yang mereka rasa sesuai dan agak hormat. Hari ini kami datang, mereka sambut dengan baik, seperti selalunya, tetapi pagi ini restoran itu nampak lengang, tidak ramai pelanggan, barangkali cuaca pagi ini sejuk, hujan dan kadang kala lebat juga. Pagi ini, sempat kami ceritakan bahawa kami dapat cucu lagi satu, laki2 juga, jadi ada 5 orang cucu kami, kelima2nya laki2, alhamdulillah.
Selesai minum teh, kami ke pasaraya yang terletak tidak jauh dari restoran itu, hari masih hujan renyai2, kalu terus ditempuh basah juga, mujurlah kami ada membawa payung yang memang sentiasa tersimpan dalam bonet kereta aku. Jadi tidaklah terhalang perjalanan kami itu, sediakan payung sebelum hujan. Banyak juga barang2 keperluan yang kami beli hari ini, dengan sayur2annya, berasnya, udang basahnya, kopinya dan lain2 lagi, kira2 habislah seperempat duit pencen aku, kalu beras itu barangkali cukup untuk sebulan, yang lain2 itu, belum tau, kenalah berjimat jangan sampai karam pangkal kata orang, Biarlah sedikit2 jangan sampai habis.
Hati mau senang, fikiran mau lapang, barulah kalu tersenyum itu nampak ikhlasnya.

No comments: