Monday, September 20, 2010

Menunaikan Undangan Majlis Pernikahan Anak Sahabat Lama.

Ustaz Tuan Haji Daud gembira dan senang menyambut kehadiran kami.
Selamat pengantin baru...selamat menempuh alam baru...semoga menjadi pasangan ideal selama-lamanya...anak bungsu laki2 Ustaz Hj. Daud...

Kami menikmati hidangan di meja VIP dengan layanan istimewa.

People say best friends are hard to find, that's because the best is already mine.. begitulah kata2 yang selalui ditemui dalam hidup dalam arina pergaulan dalam masyarakat sosial hari ini. Kata2 lain dalam persahabatan, " teman ketawa ramai tetapi teman menangis sukar ditemui".

Walau apa jua pun ternyata bagi aku keakraban seorang sahabat lama aku yang lebih 30 tahun tidak bertemu, tiada berita sama ada masing2 masih hidup, datang mencari rumah aku yang terpencil jauh dari locing ini, dengan keadaannya yang tidak berapa kuat lagi, khusus mau menyampaikan kartu undangan pernikahan anak bungsu laki2nya. Hajatnya itu cuma dapat disambut oleh isteriku, kebetulan bekas anak muridnya lebih 30 an tahun yang silam, aku pada masa itu kebetulan tiada di rumah kerana keluar ke bandar menghantar service kereta anakku. Kami cuma dapat bercakap lewat hp, aku menerima undangannya itu dan mengatakan, "Insyaallah".

Sebaik seminggu selepas lebaran ini, kemaren hari minggu aku, isteri dan anak perempuanku pergi ke majlis tersebut. Sebaik sampai ke rumahnya Ustaz Daud tak dapat mengecam aku lagi barangkali rupa paras aku udah berubah ditelan usia yang menjelang 70an ini, barangkali juga rupa aku mirip orang tionghua, ramai orang yang kata begitu, dia menunduk kepalanya, tiba2 ternampak isteri aku yang baru ditemuinya semasa menghantar kartu undangan di rumah aku tempoh hari itu, lansung dia menyebut nama aku, lalu dia bertanya, "Inta, kam nafaran?, dan dia menjawab sendiri, "thalatha nafar...". lalu ia menjemput kami ke meja VIP untuk menikmati hidangan makanan tengah hari.

Sahabat yang setia itu seperti bunga berkembangan mewangi di taman penghidupan kita. Semoga berbahagia, sehat dan ceria selalu sahabatku Ustaz Haji Daud dan keluarga. Tahniah dari kami di atas kejayaan dan kecemerlangan majlis pernikahan anaknya itu. Terima kasih di atas layanan yang istimewa sebagai kenangan seorang sahabat lama.

No comments: