Monday, January 5, 2009

Calon Cucu Menantu Atuk.

Devy menerima ijazah Sarjana Farmasi Universitas Pancasila Jakarta.
Cucu dan temannya.
Pada kali pertama atuk, nenek, bunga dan bucik keluar ke Bengkulu Indonesia ialah pada 10 November, 1993. Atuk dan keluarga sempat tinggal di sana selama satu minggu sahaja. Kerana pada ketika itu hambatan tugas adalah sesuatu yang ngak bisa dikopromi, lagi pun atuk cuma cubaan aje menyeberang ketanah seberang itu. Atuk tidak menduga dari cubaan mencari keluarga dan sanak saudara yang terpisah tidak kurang dari setengah abad itu bisa bertemu kembali. Barangkali orang yang pertama atuk temui ketika itu adalah Devy, usianya kurang lebih 9 tahun, kalu sekolahnya baru SD3 (sekolah rendah tahun 3). Diwajahnya terbayang tanda tanya dan rasa kaget, apa inikah kakek yang sering disebut2nya melalui surat2 yang ditulis ayahnya kepada atuk sebelum ini?. Pada wakyu itu Devy seorang gadis sunti yang ayu, memikat hati atuknya. Pertalian silatulrahimi diantara atuk dan cucunya berterusan sehingga kini. Kalau dulunya disambung melalui lembaran surat2, kemudian melalui sms, dikeranakan adanya perkembangan teknologi yang canggih maka udah melalui e-mail mahu pun via ym.
Sekarang cucu atuk udah gadis, udah mempunyai ijazah Sarjana Farmasi, hari wisudanya kemaren tu atuk tidak dapat hadir memberikan hadiah kuntum2 bunga, atuk rasa sedih tidak dapat berbuat demikian. Lumrahnya sebagai seorang insan akan melalui alam remajanya. Tentunya ingin menempuh alam percintaanya pula, tambahan pula ia adalah seorang gadis yang ayu dan sopan. Tentunya ada ramai cowok yang mencari peluang ingin berkenalan, berbahagialah. Alam percintaan ini sedang dilaluinya sekarang, udah ada pacar pilihannya, semuanya udah disampaikannya kepada atuk. Malam kemaren tu lewat ym, cucu atuk ini memperkenalkan pacarnya, dan bertanyakan atuk, apa atuk ingin berbicara sama calon cucu menantu atuk? Alangkah gembiranya atuk, terasa satu kepuasan kerana cucunya mahu berkongsi kegembiraannya bersama atuk. Doa atuk supaya harapan cucu atuk terkabul, biarlah percintaan mereka berdua itu umpama Adam dan Hawa, kekal abadi selama2nya.

No comments: