Monday, January 12, 2009

Cucu Atuk Bercinta Monyet.

Perjalanan masa berjalan terasa terlalu pantas. Rasanya baru semalam cucu2 atuk itu lahir. Rasanya mereka masih berada dialam kanak2 lagi, masih perlu didodoi dan dibuai waktu tidurnya, masih perlu dikendung. Rupanya alam kanak2 telah selamat mereka lalui, barangkali mempunyai seribu satu kenangan bagi mereka siapa tau. Alam persekolahan dasar sedang mereka lalui separuh daripadanya, udah ada yang masauk SMP dan SMA bahkan ada yang ke Pengajian Tinggi.
Kebanyakan mereka sedang melalui alam remaja. Tentunya sangat berbeza dengan apa yang dirasai mereka sebelum ini. Keinginan untuk berkawan udah menjadi perkara biasa. Pastinya udah pandai memilih kawan, baik lelaki mahu pun perempuan. Barangkali dizaman remaja atuk kemaren tu, alat komunikasi utama kalau mau disampaikan kepada kawan perempun itu tentunya cebisan surat yang dilayangkan, atau pun dimasukkan kedalam beg sekolah yang ditujui oleh seorang kawan lain, yang menyukai hubungan kedua pehak itu, tentunya kawan baik kepada teman perempuannya itu, barangkali ingin bertemu di mana2 atau ingin berjalan sama semasa balik sekolah nanti.
Cucu atuk itu rata2 udah mempunyai handset sediri. Cara yang atuk katakan diatas itu tentunya tidak terpakai lagi. Handset sentiasa ada ditangan, mana tahukan orang yang dicintai itu ada memberi kabar atau bertanyakan sesuatu, tentunya mahu dibalas secepat mungkin, jangan sampai orang itu merajuk pula kerana lambat menjawab. Asyiknya cucu atuk itu memulai alam remajanya, barangkali perasaan cinta dan mencintai itu udah mula berbunga. Waktu mau tidur pun handset diletakkan dibawah bantal, begitulah asyiknya bercinta. Percintaan diantara satu sama lain itu perlulah positif, jadikan perasaan itu pendorong untuk menciptakan kejayaan. Masing2 perlu mempunyai azam yang kuat untuk menunjukkan kecemerlangan masing2 dalam bidang pelajran terutamanya, saling bantu membantu, bersetia untuk tidak mengecewakan ibu bapa, terutamanya diri sendiri, berfikiran waras, belum sampai masanya memikirkan yang bukan2. Atuk sedar apa yang dialami oleh cucu2 atuk itu adalah sebagai 'cinta monyet' sahaja sebagai melengkapi perjalanan alam remajanya. Walau bagaimana jua pun sebagai atuk, atuk nasihatkan supaya kelian menjaga nama baik diri sendiri, keluarga dan juga agama.

No comments: