Saturday, January 24, 2009

Tiga Tanda Mendapat Kemanisan Iman.

Pada kali ini atuk ambil kesempatan menulis sesuatu yang atuk pelajari dalam tahun 1959 dahulu bererti udah 50 tahun berlalu. Nabi Muhammad saw berpesan, sampaikanlah apa2 juga yang baik2 daripada aku walau satu ayat sekalipun. Allah juga ada berfirman, ambillah apa2 yang disuruh oleh rasul2 itu sebagai peduman, dan jauhilah apa2 yang ditegah oleh mereka.

Sabda Nabi Muhammad saw, yang disampaikan oleh Anas rdh, tiga gulungan maknusia yang dikenal pasti berpeluang mendapat kemanisan iman. Pertama bertaqwa kepada Allah dan mengasihi Rasulnya, melebihi dari yang lain. Kedua ia mengasihi seseorang itu semata-mata kerana Allah. Ketiga ia benci kepada kekufuran, sama bencinya kalau ia dicampakkan kedalam api.

No comments: