Sunday, October 25, 2009

Kelas Tusyen.


19 hb. Oktober, 2009.
Untuk melayari internet masih lagi nngak bisa kerana modemnya nngak ada. Jadi hari ini aku mencatatkan sahaja aktiviti yang aku laksanakan seminggu yang lepas. Sepanjang minggu terse but aku membantu seorang pelajar mempelajari ilmu prinsip perakaunan, semacam aku mengajar dalam bentuk tusyen seorang2, face to face tutions’. Bukan semua tajuk yang dapat diberikan sepanjang seminggu itu, cuma dapat diberikan tiga tajuk sahaja, ia itu, tajuk perkongsian, kelab dan persatuan dan rekod yang tidak lengkap. Sebenarnya sudah lebih 10 tahun aku bersara dari jaw atan, bererti udah selama itulah aku tidak mengajar ilmu terse but. Barangkali disembabkan semasa masih beertugas dulu, disamping mengajar aku juga telah dilantik sebagai kakitangan sumber (ks) dalam mata pelajaran terse but, juga aku pernah menjadi pemereksa kertas terse but di peringkat SPM, lebih dari 5 tahun , barangkali disebabkan oleh faktor2 itu semua, aku masih boleh menguasai pelajaran terse but.http://www.razali2208.wordpress.com
Untuk tajuk perkongsi
an, ditekankan bahagian pembubaran perkongsian, yang mana semua aset dijual dan liabiliti dilunaskan kepada yang berhak, dan baki2 wang dalam bank mahu pun tunai di bahagikan semula kepada rakan2 kongsi mengikut baki yang ada dalam akaun modal masing2, mengikut pembahagian untung dan rugi sebagaimana dipersetujui syarat2 semasa perniagaan itu dibentuk.Satu akaun Realisasi perlu dibuka dan ditutup untuk dipindahkan ke dalam akaun2 modal mahu pun akaun bank. Kalau perkonsian itu melebihi 3 orang dan didapati ada salah seorang yang bangkrap, tidak mampu bayar hutagnya kepada modalnya maka pembubaran perniagaan itu perlu diselesaikan mengikut peraturan murry lawan garner, iaitu kekurangan itu perlu ditanggung oleh dua rakan kongsi yang lain itu mengikut nisbah modal masing2.Kalau dalam akaun kelab dan persatuan itu, yang utamanya ialah akaun yuran, akaun wang masuk dan wang keluar, akaun pendapatan dan perbelanjaan, kunci kira2 dan akaun2 lain yang selalu terlibat dalam persatuan dan kelab mengikut aktiviti2 masing2. Penyediaan akaun dari catatan2 urusniaga perniagaan yang tidak lengkap, untuk mengirakan untung atau rugi perniagaan itu, dikira melalui Kedah perbandingan mahu pun cara analisa, dengan marginalia setiap perbelanjaan mahu pun pendapatan untuk mengira untung atau pun rugi perniagaan itu. Kalau semua akuan dapat dianalisa maka akaun untung rugi dapat disediakan seterusnya kunci kira2 juga dapat dibuat untuk menentukan kedudukan perniagaan terse but, sesuai diteruskan atau pun sebaliknya. Alhamdulillah, syukur masih dapat aku membantu disamping maguasai ilmu perakaunan terse but, aku rasa adalah baik bagi orang yang ada mempunyai ilmu khusus seperti itu dipraktikkan semula, selaian ia tidak menjadi lupa dapat pula dimunafaatkan kepada orang lain yang berminat dengan pengatahun terse but. 

No comments: