Thursday, October 15, 2009

Mengingati Tarikh Sejarah Diri.

Memotong cake tanda ingatan ulang tahun tarikh lahir.

Sepertinya setiap tahun sampainya tarikh hari lahir, kita merasakan pertambahan umur kita setahun lagi, telah diberi oleh Allah kesempatan hidup selama setahun yang lalu, untuk menjadikan ingatan kita untuk memulakan tahun berikutnya, kita lakukan sesuatu, jadi yang lazim dilakukan oleh sesetengah orang ialah dengan memotong cake hari jadi, tujuannya supaya gerak kerja memotong cake yang sedikit itu, mengingatkan kita permulaan hari yang akan ditempuh seterusnya, belum tahu sama ada sampai ke tahun hadapan atau pun tidak, peristewanya telah dirakamkan hari itu.
Cake adalah yang biasa digunakan orang dalam menyambut, mahu pun mengingati peristewa yang memberi erti bagi diri seseorang, terpulanglah sama ada cake itu besar atau pun kecil. Boleh jadi juga terpulang kepada betapa grandnya yang mau ditunjukkan melalui cake itu, matlamatnya adalah sama, memotongnya untuk menjadikan satu ingatan peristewa yang terjadi kepada diri seseorang itu.
Kemaren kami menyambut hari ulang tahun kelahiran isteriku, anakku yang bekerja di kl itu, kebetulannya balik kampung hujung minggu, membawa sebuah cake harijadi untuk emaknya dan sebuah beg tangan sebagai hadiah, oleh kerana yang demikian itu, kami adakan majlis family kecil, supaya isteriku memotong cake itu, sebagai mengingati tarikh tersebut. Kemudian diagih2kan dan dimakan, melambang sumber rezeki, mudah2an bertambah lagi, dan mendapat kemurahan dan keberkatan rezeki dari Allah.
Cake yang telah dipotong itu, isteriku menyupkannya sepotong kepada anakku, tanda rezeki yang diperolehi itu disyukuri, dan diberikan juga sepotong kepada Nini, anak kucingku, tanda pengagihan rezeki yang diperolehi itu disebarkan kepada makhluk2 lainnya, yang sepatutnya begitulah kasih mengasihi diantara satu sama lainnya. Pada aku mengadakan sambutan memperingati ulangan tahun kelahiran ini, adalah satu perkara yang baik diteruskan, kerana kita seharusnya menginsafi dan menyadari bahawa umur kita telah bertambah. Menyadari itu mudah2an perjalanan yang akan diteruskan dihadapan ini, membawa erti dan kebahagian bukan sahaja kepada diri sendiri, keluarga bahkan kepada masyarakat dan dunia seluruhnya.

2 comments:

Anonymous said...

Waalaikumsalam..maaf baru bisa mampir... sbuk sekolah sob.. mampir ya, ksh komen donk ke artikel q ttg pertamina. ok

razali_ahmad said...

Assalamualaikum
Terima kasih Franco Escobar, komennya
insyaallah, q coba liat artikel mu dan beri komen. tq,