Thursday, October 8, 2009

Pertemuan Keluarga Di Pagi Raya.

Pose kenang2an di pagi raya 1430 H/ 2009 M.
Ponakan dan keluarga dari anak2 abang (kakak),
Ponakan dan keluarga dari anak2 adik perempuan.

Sepertinya di pagi raya yang syahdu begini, kedatangan anak2 ponakan, cucu2 saudara mau pun sanak saudara adalah sebagai satu jambangan kegembiraan yang sukar di lukiskan dengan kata2. Kalu perasaan aku sekeluarga itulah satu2nya hari yang aku harapkan dapat bertemu sanak saudara dan ponakan2ku yang rata2 mereka selalu dalam hambatan mencari rezeki di merata2 daerah. Ada yang di Kuala Lumpur, di Johor, dan di tempat2 lain, walau pun dalam negara yang sama, tetapi untuk berjumpa setiap hari agak sulit.
Pada hari raya kali ini hampir 90% daripada mereka itu datang menziarahi kami. Ada di antara cucu2 saudara aku itu, udah tidak ingat lagi nama2 mereka, kerana mereka udah besar, berjumpa setahun sekali itu bagi budak2 seperti mereka itu perubahan fizikal masing2 amat ketara sekali. penampilan mereka juga adalah seperti anak2 remaja masa kini.
Ada pelbagai tajuk perbualan diceritakan dalam pertemuan yang singkat ini, tetapi yang utamanya adalah tajuk mengenai kesihatan, pelajaran anak2, dan apa jua yang menyangkut dengan penghidupan seharian. Walau pun ziarah hari raya begini, sekitar dalam masa satu jam, terasa begitu singkat dan pantas berlalu, adalah memberi makna yang besar dari segi psykologi apa lagi kalu aku dan isteri sebagai orang tua, terasa masih ada lagi anak sanak, cucu2 dan mana tau satu hari nanti cicit2 masih mau menemui kami, alhamdulillah..terima kasih semua.

No comments: