Wednesday, October 28, 2009

Satu Pengalaman Berurusniaga.

Pemandangan dalam sebuah perniagaan.
23hb. Oktober, 2009.
Kemaren aku keluar ke kedai yang menjual komputer dan peralatan yang berkenaan dengannya di sebuah Bandar kira2 40km dari tempat aku. Tujuan aku ke sana itu untuk mendapatkan part antena modem yang aku beli kira2 6 bulan yang lepas. Moden tersebut baru sahaja dicoba pasang dan diconfigurkan oleh anakku yang di kl itu minggu lepas. Apabila dipasangkan didapati antena tidak ada jadi kerja itu tertangguh sehingga aku keluar berjumpa penjualnya. Aku rasa kecewa kerana penjual itu mengatakan, satu set modem itu adalah lengkap, dan dia macam tidak percaya kepada aku yang antena itu tidak ada, apalagi masa aku datang memulangkan itu selepas telah 6 bulan berlalu, siapa akan percaya perkara yang serupa itu boleh berlaku. Walau bagaimana jua pun dia berjanji mahu menalifon pembekal barang terse but kalau ada antena tersebut. Aku tahu itu cuma alasan untuk menyedapkan hati kawan, kerana aku telah mengenalinya sudah lama, dan ada juga sebuah dua computer yang aku beli dari kedainya. Kalau antena modem aku yang lama itu ada, bila aku acukan dan ianya fit, mengikut kata penjual itu, barang itu tidak mudah rosak, fungsinya pun cuma meyebarkan rangkaian ke area yang terbatas, katanya ia percaya barang itu masih elok lagi. Aku belum dapat pastikan lagi sebab anakku yang memasangnya itu belum balik, sehari dua lagi , jawapannya akan aku ketahui samada ia masih boleh diguna atau pun tidak.
Apa yang hendak aku kemukakan disini, kalau anda seorang peniaga, ada seorang pembeli membeli barang anda enam bulan yang lepas, kemudian ia datang semula kepada anda mengatakan barang yang dibeli dulu itu tidak lengkap. Apakah respond anda? adakah anda dapat menerima kata2nya itu?

No comments: