Friday, January 16, 2009

Mampukah Bahasa Bengkulu Bertahan?.

Lebih satu abad yang lalu bangsa Bengkulu telah datang ke Semenanjung Tanah Melayu ini, iaitu sekitar akhir tahun 1800 an, dari Bengkulu Sumatera Selatan, Indonesia, berkelompok2. Mereka datang sama ada telah berkeluarga mahu pun yang masih bujang atau pun masih gadis. Kedatangan mereka kesini tidak ada tujuan tempat tertentu, kalau ada pun barangkali cuma ikut2an sahaja. Tempat yang sememangnya tersohor disana ialah Kelang, barangkali Kelang ialah sebuah perlabuhan kapal, kebetulan pula mereka keluar dari Bengkulu itu menaikki kapal. Kemasyhuran nama Kelang itu, masih disebut2 hingga sekarang ini disana. Tempat awal didatangi orang Bengkulu mungkin di Sungai Chu, Selangor, di Sungai Merab, di Behrang dan lain2 lagi, kebanyakkannya di Selangor, lalu mereka membuka kampung ditempat2 itu, hingga sekarang pun kampung2 tersebut masih ada. Ada diantara mereka yang di Sungai Chu itu, mahu pun yang di Sungai Merab itu datang ke Gemas, Negeri Sembilan lalu mendirikan kampung disana dan menamakan kampung mereka Kampung Bangkahulu. Barangkali inilah satu2nya kampung yang dinamakan dengan tempat asal mereka.
Mereka datang ke Tanah Melayu ini membawa bersama adat dan kebudayaan mereka. Rumah mereka berbumbung limas, bertiang tinggi, ada serambi terbuka disebelah anjung, dan kedudukannya agak dekat diantara satu sama lain. Adat perkahwinannya dimulakan merisik, meminang, menghantar belanja, majlis akad nikah dan walimatul urus. Mereka juga mempunyai beberapa jenis tarian kebudayaan, seperti tarian katira, tarian kain panjang dan tarian piring, kemaren tu ditarikan pada malam kemuncak majlis perkahwinan. Mereka juga ada seni silat cekak dan silat pulut, bukan sahaja untuk memeriahkan majlis, tetapi juga untuk mempertahankan diri. Kalau makanan mereka ada kuih tat, oncong2 dan bobotok, rebana adalah alat gegendang mereka.
Yang utamanya mereka mempunyai penuturan bahasa sendiri, yang lazim dituturkan ialah bahasa 'Bulang' dan 'Serawai'. Masa satu abad itu berlalu terlalu pantas, barangkali tidak terkejar lagi oleh masyarakat orang2 Bengkulu, oleh kerana banyak gaul dan percampuran dengan masyarakat luar terutamanya masyarakat tempatan, perkahwinan diantara satu dengan yang lain. Kebudayaan Bengkulu ini kebanyakkannya telah tidak dipraktikkan lagi, tarian katira dan kain panjang misalnya, jarang dapat disaksikan lagi, rumah mereka rumah batu tidak terikat dengan bentuk asal lagi, rebana masih ada sebiji dua lagi disetengah2 kampung. Tetapi kuih tat masih dapat dinikmati lagi samada di kampung Bangkahulu, mahu pun di kampung Sungai Chu (Choh).
Keturunan Bengkulu di Malaysia ini sudah sampai kejenerasi yang kelima. Bahasa Bengkulu samada Bulang atau Serawai dipertuturkan oleh jenarasi pertama sepenuhnya. Jenerasi kedua walau pun mereka tidak menuturkan sepenuhnya tetapi mereka boleh mengusai bahasa ibunda mereka itu. Jenarasi ketiga sekarang berumur sekitar awal 40 an, disebabkan mobiliti keluar menyebabkan mereka tidak dapat menuturkannya dengan baik. Sementara jenerasi keempat dan seterusnya, mungkin mereka tidak tahu wujudnya bahasa Bulang dan Serawai iaitu bahasa keturunan mereka sendiri. Apakah penomena ini akan berlalu begitu sahaja?
Ada beberapa tinjauan secara rambang dibuat di kampung2 teradisi diatas, penuturan bahasa Bengkulu ini dituturkan oleh masyarakat disitu sekitar 10% sahaja, selebihnya menggunakan bahasa Malaysia, barangkali yang menuturkan bahasa itu adalah saki baki jenerasi kedua. Dianggarkan sekarang orang2 keturunan Bengkulu di Malaysia adalah lebih kurang 50 ribu orang 75% terdiri dari jenerasi ketiga dan seterusnya. Sayangnya kalau Bahasa Bengkulu ini tidak dapat bertahan lagi, sebagai satu budaya sendiri.

29 comments:

mistik said...

salam, mano nak mu at oo lagi, mak kini anak mudo kalu baliak kampung pun la jarang2 ngicek bengkulu, la banyak becampur dgn bahaso lain. tapi kadang tu pun yang la tuo ni pun la mulo banyak kemunyian, la pandai nyampur2 bahaso dgn bahaso wang putia cak oo, tapi la bukan paham nian pun. la banyak nian nginak cerito astro.

ikhlas,
cucung datuk la ni.

Unknown said...

Senang baye..generasi yang ado ari ni nido gang oh program yang ngajak oghang kg terutamo anak mudo dalam satu majlis..baliak-baliak ngentam baye..ngayat galo..dalak la jalan mcm mano nak muafakat semulo...ajak belio dalam kebaikan orang tua yang ado..

Athirah Halim said...

Salam kunjungan..arwah abah sayo org bengkulu..sayo banggo dgn darah keturunan bengkulu n banggo dgn bahaso nyo..tp tu la, skrg makin lamo makin ramai anak bengkulu yg nido reti ngicek bengkulu..sediah nian..aku ado tujuah adik beradiak..aku yg tuo..tp tu la yg sediahnyo,aku bae yg buleh ngicek bengkulu..tu pn dikit2 bae..nido la pandai galo..adik bradiak ku nido galo reti ngicek..syg kalu bahaso bengkulu ni terkubur bgitu sajo..

Dr Msms said...

apo dh jd dgn persatuan bengkulu malaysia??? negang ko aktiviti... senyap baee..

ank sg kembung hulu,bangi

Shaiful said...

Aku ngerti ngicek dikit2 bae...

matapena said...

Alhamdulillah, anak2 bengkulu di Sg Choh, Rawang masih ramai yg boleh berbase bengkulu wlupun kami kak majoriti wang Bulang @ Lembak. Base bengkulu masih jd base perantaraan di kapong. Tapi ade jugek generasi mude yg selek nak berbase bengkulu ataupun dia boleh berbase bengkulu. Kebanyakkan eh bile mak atau bak berkahwin dgn wang luo. Apepun, melalui pergaulan harian, InsyaAllah, base bengkulu mampu terus bertahan.

Anak bengkulu asli
-Sg Choh-

Lau Pen Taw said...

salam ,saya pelajar tingkatan 6 Atas di SMK Sungai Choh berminat untuk membuat satu tajuk tesis/kajian mengenai asal-usul nama Sungai Choh serta bangsa bengkulu di Sungai Choh . diharap encik/tuan boleh berikan kerjasama untuk sebarang info tambahan untuk dimanfaatkan generasi akan datang. terima kasih

~017-6885790~
fahmi

Unknown said...

Ako anak bangkahulu Gemas, memang betul kini bahasa bengkulu banyak yang telah lupo macaman mano nak ngicek baso bangkulu, sebab jarang dipertuturkan dan malu nak ngicek dlm bahasa ibundo asal. Lagi pon orang tua2 pon bilo la keluar nido nak ngicek bahaso bengkulu, itu la sebab nyo ngapo bahaso bengkulu makin lenyap.

Samsuri Wahid said...

aku ado satu cadangan...sapo2 yang belum bernikah lagi tu...nalak la pasangan oghang kito jugo.. mako anak2 nanti ni terti kicek Bengkulu...tapi kini memang payah nak nalak orang Bengkulu nikah sesamo Bengkulu...dulu aku nak ngurat Erra, nyo nggop dengan aku...terpakso la aku nikah dgn oghang Jawo...

Unknown said...

sayo ni anak bengkulu asli... sekarang tinggal di bengkulu kabupaten rejang lebong.... tapi di siko bahaso bengkulu idak pakai sayo-sayo, tapi ambo... heheh... ambo doakan semoga bengkulu tetap idup di malaysia situ...nak ngecek iko baee.. jangan sampai ilang bahaso iko di situ okok... love bengkulu

Unknown said...

ass. sayo okhang bengkulu, keturunan rejang kek serawai.sayo ucap terimokasih adik sanak di malaysia,teruskan pertahankan, adat budayo bengkulu. tari andun suku serawai, tari piring dan tari saputangan bengkulu. nido pacak ngiciak, nido ngerawati. belajar bae dengan jemo tuo. kalau nido tuh, datanglah sesekali ke bengkulu.

Unknown said...

maaf nian, dita. bahaso bengkulu nang sebenarnyo"sayo" bukan "ambo". ambo tuh lah becampur bahaso padang

razali_ahmad said...

Alhamdulillah, syukur dan senang/agam nian asek e ati ku, masie ade/lagi ado wang/jemo kite/kito yang ndak ngecek base kite/baso kito. Maju ke jangan selek insyaallah base kite akan maju jugek akhirnye.

Unknown said...

Assalamu'alaikum oghang-oghang bengkulu di Malaysia... aku oghang serawai Bengkulu... tinggal di Dusun Tumbuan,.. ceritonyo banyak oghang Tumbuan... di malaysia.... salam dari bengkulu.... berayaklah ke Bengkulu....

Unknown said...

Nak kecek olok maney,dak cik ginikak mseng2 selek nak kecek bengkulu.punce utamey psl enggan becapur uang tuey.patut ey persatuan bengkulu Malaysia kak keney lah buat apey2 yg patut

Unknown said...

Ayah saya la diantara org yg menerima tanah anugerah utk di buat Kg tu. Dia menyusun, mengatur kedudukan Kg. Sy tahu sejarah ujud Kg tu sbb selalu dengar dia bercerita. Masa kecik2 dia suruh sy kutip cukai tanah. Ayah saya juga pergi daftarkan nama Kg Dan masukkan dalam peta dunia. Ini la cerita serba ringkas.

BG Azim said...

Saya generasi ke3 .kg saya di sg choh dan sg merab.lau dr salsilah nnek, moyang sya dtg bwa nnek ke smnanjung dan lahirnya bapa sya dan kmudian saya. Now slepas sya ada 2 lg kturunan. Sbb sy dh pngkat tok sedara.
Klau sebelah datok sya generasi ke5..
Nazim bi Ariff bin baini bin bainok bin Abdul razak.susur galur Bengkulu adalah Bangsawan Istana disebelah Nenek. Mnurut kata ayah dan mak sedara. Klau dailect minang sya bole lg sembang.. Tp lau dah msuk origanal dailect sedara dr sana haram sya xpham. Hahahaa.. Dan sebelah ibu saya pantai timur boh.. Cik siti wan kembang . Klate boh.. Hahaa

BG Azim said...

Kg awk maksudkan apa nama saudaraku

BG Azim said...

Bos.. Era lau ikut sedara tu ngan sya. Dia ank sedara pada maklong sya. Sya kg sg choh. Hahaa..

BG Azim said...

Apapun saya Bangga nama kg tercatit dlm artikel diatas.. SG CHOH dan SG MERAB. hahaa

DaunHijau said...

Saya generasi ketiga orang bengkulu. Masih ada keluarga yang tinggal di Sg. Choh dan sekitarnya. Ayah org bengkulu, ibu orang luar. Dalam keluarga saya, kami guna bahasa melayu/malaysia. Jika balik ke kampung, boleh juga dengar perbualan dialek bengkulu antara adik-beradik ayah dan jiran-jiran sekampung. Kami dengar sahaja..nak turut serta berbual, tak pandai.. diye reti, diye pacak :D

rozie said...

Sy generasi ketiga (kelahiran 60an) bengkulu di Sg Choh. Arwah datok generasi pertama yg datang ke Msia. Dibesarkan di Kpg Sg Choh oleh datuk nenek. Arwah mak berkahwin dgn abah...org minang.

Mase kecek memang di duma, kecek bahase melayu.. Belajo bahase bekulu dgn kekawan kapong dan nengo wang tue2 bekecek. Alhamdulillah..mase bole paham dan bekecek bekulu

Unknown said...

Saya makayah kawin sedara dr keturunan bangkulu .dirumah pn mereka menggunakn bahasa bangkulu kami anak2 faham cuma nk ckp blk xpandai .al fatihah utk makabah.sedaramara byk di sg choh.tp mungkin tggl ank2 cucu jer.yg sy tau bapak erra fazira dgn mak sy sepupu.atok dia abg sulung kepada arwah nenek sy di seremban.rindu zaman kecik2 dl..sll blk kg.sg choh skrng tggl kenangan.

Unknown said...

Respect irg bangkahulu daerah hulu selangor. Masih kekalkan adat... Pusaka dan warisan..

Unknown said...

Aku pun org bengkulu jugo belah mak .kat bengkulu ado lg abg datok namo darum

Unknown said...

Ayah sy asalnya bengkulu selatan,seginim manna tp SDH lahir di bandar Lampung.datuk dan nenek asli manna to darah sy sudah tercampur dari ibu yg asal nya Palembang kombring adu manis tp lahir jg SDH dikampung tp sy selalu rindu melihat cerita ttg tanah kelahiran Puyang saya.salam hormat dan bangga atas asal asul darah kitaπŸ™πŸ‘

Unknown said...

Sebenar o jati diri tu penting. Aku dulu ngaji bahasa Inggeris selamo 33 taun sebelum pincin taun 2019. Budi pernah aku bilo jumpo ughang Bengkulu ngado ngado endak kicek luau. Ngapo pulo nak maluan kicek dan ngaku kito ni anak Bengkulu. La selea nian tu.πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Apek.azdee said...

Salam ku raso ku ni jenorasi ke 6 tapi nak kicek bengkulu tu nido ado masalah buliah bae tapi tu la ngan sedaro2 bae datuk ku tu DR HASSAN BAHROM adik nenek ku sekarang la jadi ahli
Parlimen pacak nian jadi ahli parlimen ramai anak2 mudo limau manis ni nideo tereti kicek bengkulu sayang nian mogo martabatkan la bahaso kito ni

Unknown said...

Kampung Sg kembong hulu Bangi lagi asal dari Sg merab. ughang sungai merab tu buliah dikatoka semuo nyo dari sungai kembong hulu. Hujung tahun 60 an dan awal 70 an tanah rancangan di sungai merab tu di bukak. Ughang kampung Sg kembong hulu la jadi makin dikit. Aku sempat ngaso sekula kebangsaan di sekolah kebangsaan Sg kembong hulu darjah 1 tahun 1970. Tahun 1971 sekula tu tutup terpakso sekulah di skrh sekolah kebangsaan Rinching hilir 😭😭