Thursday, September 10, 2009

Birthday's Present..

Kamera Digital Olympus.
Ulang tahun yang ke 68 birthday aku kali ini, aku diberikan hadiah oleh anakku yang bekerja di kl itu, sebuah kamera digital olympus. Barangkali dia melihat aku mengambil gambar menggunakan hp aje setiap kalinya. Hp aku ini pun dihadiahkan oleh anakku yang bekerja kat melaka tu, dengan tujuan yang sama. Sebelum itu aku mengambil gambar dengan menggunakan kamera digital juga 'sony', barangkali itu udah lewat masa. Semasa aku bersara dulu, kira2 14 tahun yang silam aku juga dihadiahkan oleh anak2 muridku sebuah kamera olympus juga, menggunakan kodak, ya lah pada waktu itu kalu ada pun kamera digital barangkali harganya mahal. Walau bagaimana jua pun mereka semua melihat aku suka mengambil gambar menggunakan kamera.
Sebenarnya aku tidak pandai tangkap gambar, tidak pernah belajar cara2 menangkap gambar yang baik. Aku tangkap ikut suka aku sahaja, kadang2 ada gambar yang aku ambil itu yang putus kepala la, putus kaki la, tak teranglah, macam2, itulah eloknya kamera digital ini, mana2 yang tidak cantik dipandang deletkan aje, yang elok2 tu ambil.
Dengan ada kemera baru ini, aku kena belajar bagaimana mau masukkan gambar2 yang aku ambil itu dalam pc aku pula. Kemaren tu anak aku yang kat melaka tu ada tunjukkan aku cara2nya, maklum ajelah kan udah lupa, jadi aku minta anak aku yang kat kl tu tunjukkan, kebetulan udah ada beberapa keping gambar 'Nini', my pet animal yang telah aku tangkap, masih belum pastilah sama ada boleh berjaya aku masukkan atau pun tidak.
Kalau sebelum ini, dengan menggunakan hp, aku masukkan melalui 'bluetooth', cara ini, cucu saudara yang sekolah kat pd itu yang tujnukkan, kira2 boleh, dan dah berjayalah. Tentu ada baiknya dengan adanya kamera baru digital ini, sebab aku kena belajar perkara baru dalam penggunaan komputer, ya begitulah, selagi badan aku sehat, fikiran masih berupaya menerima pelajaran baru, aku akan teruskan hidup dengan penuh kesyukuran dan ketaqwaan kepada Allah, mudah2an sahaja selamat dunia akhirat.

No comments: