Tuesday, September 15, 2009

Gema Takbir 'Aidil-Fitri.

Selamat Hari Raya
imikimi - Customize Your World!


Setiap kali menjelangnya Syawal, suasana kegembiran menyambut kedatangan hari
mubarrak itu, udah dirasai oleh segenap lapisan masyarakat Islam, yang besar, kecil, dewasa
mahu pun yang udah lanjut usia seperti aku ini. Kalu kemaren itu semasa aku muda2 lagi, dalam minggu akhir Ramadhan ini, banyak kad/kartu lebaran yang diterima dari sahabat handai
dan dihantar kepada mereka. Pelbagai corak dan bentuk kad yang terdapat di pasaran. Selain dari yang di pasaran itu, bagi mereka yang mampu, ada yang dibuat sendiri mengikut rekacorak masing2,
suasana lebaran bertambah dirasai dan meriah.
Kebelakangan ini, penggunaan kad raya sangat berkurangan. Kata2 raya melalui sms hp, udah menjadi kebiasaan pula. Ini barangkali ianya, mudah dan tiada batas waktu yang menghalang.
Melalui sms juga boleh disusun kata2 yang diingini, seperti dalam bentuk pantun,

Aidil-fitri hari kemenangan...Umat Islam melaungkan takbir,
Hanya sms dapat dihantarkan...Memohon maaf batin dan zahir.

Masak lemang sambil berdiri...Hendak dimakan di aidilfitri,
Hantar kad posmen dah cuti...Sms sahaja boleh ku beri.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin, jemputlah ke rumah ya.

Dengan perkembangan teknologi canggih masakini, penggunaan internet telah menjadi kesukaan
anak2 remaja, kad2 raya dianggap udah lewat masa. Melalui penyedia2 internet sosial, terdapat
banyak ruang menyampaikan rasa syukur dan kegembiraan menyambut hari raya ini, setelah sebulan menunaikan ibadah puasa. Kad2 raya bisa disampaikan kepada semua kawan2 sahabat handai mau pun sanak saudara melalui internet itu, secara umumnya ia tersebar keseluruh dunia. Selamat Hari Raya Aidil-Fitri, Minal 'aidin wal faizin, Mohon maaf zahir dan batin dari datuk, nenek, bucik dan bunga sekeluarga,

Gema takbir di hari lebaran...Tanda kesyukuran di aidil-fitri,
Kelian semua nngak dapat dilupakan...Jauh di mata dekat di hati,
Mohon maaf zahir dan batin...Ada umur bertemu lagi.

No comments: