Monday, September 28, 2009

Kasihnya Seorang Ibu.

Ponakanku menyuap anak dan ponak2annya, makan.

Pada dua Syawal, hari raya kedua kemaren tu, aku sekeluarga sempat berziarah ke rumah abangku yang sekitar 20 km jaraknya dari rumah aku. Kebetulan pula kakak iparku mau ke tanah suci, Makkah Almukarramah, menunaikan ibadah Haji pada tahun ini. Kesampaian kami disambut suka oleh ponak2an ku, anak2 mereka dan juga, abang dan kakak iparku. Walau pun jarak di antara kampungku dengan tempat itu tidak jauh, dikeranakan dengan beberapa hal penghidupan kami, jarang bertemu secara formal, cuma itulah setahun sekali semasa lebaran aidulfitri begini.
Kalu lebaran tahun lepas, aku sekeluarga mengerjakan umrah, dan pada hari raya haji pula aku dan keluarga berhari raya di Bengkulu, Indonesia, pendeknya udah hampir dua tahun, masing2 tidak sempat berkumpul begitu, barangkali kemesraan kedua belah pehak dirasai bersama, ketika itu.
Suasana yang ramai begitu, ada yang keadaannya membawa kepada kaitan kasih sayang seorang ibu. Cucu2 saudaraku itu ramai, maklum sahaja anak abang dan kakak aku itu ada 8 orang, masing2 udah berumahtangga, katakan kalu setiap anak itu mempunyai 4 orang, tentunya, cucu2 itu seramai 32 orang, riuh rendah suara mereka dan berbagai ragam pula,
Ada di antara mereka itu, terlalu liat kalu diajak makan. Anak buah aku membawa sepinggan nasi yang udah bergaul dengan lauk dan sayuran, dia duduk bersela di depan aku, mengajak anak dan ponak2annya makan. Dia menyudu makanan dari satu mulut ke satu mulut, masing2 menganga menerima suapan itu, ada juga diantaranya yang liat, dengan pujukan kasih sayangnya, menyebabkan terpanggil mengangakan mulutnya.
Barangkali inilah gambarannya seorang ibu, sanggup membesar, membela, menjaga dan mendidik anak2nya dengan kasih sayang, walau pun seramai mana sekali pun, tetapi anak yang seramai itu, kadang2 belum tentu dapat menjaga dan memberi kasih sayang kepada ibu yang seorang itu, apa lagi kalu si ibu itu udah tua dan tidak berupaya lagi.

No comments: