Saturday, September 19, 2009

Derma Hari Raya Untuk Aktivitas Masjid.

Ahli jawatan kuasa masjid sedang menghitung wang derma yang terkumpul.

Masjid kampungku adalah sebuah masjid yang kecil. Kapasiti jumaah kalu penuh adalah kira2 500 orang sahaja. Masjid kampungku ini menerima jamaah yang agak penuh hanya pada hari raya aidilfitri, kalu hari raya haji biasanya tidak semua anak2 yang tinggal di perantauan mencari rezeki itu pulang, ini berangkali liburnya tidak panjang. Masjid di tempatku ini, tidak ada sumber penghasilan sendiri yang tetap, harta wakaf berbentuk yang boleh menjadi pendapatan langsung tidak ada. Pehak pemerintah agama, cuma dapat memberikan sedikit sumbangan tahunan, tidak memadai untuk menjalankan aktivitasnya, jadi sumbangan diharapkan adalah dari penduduk setempat. Penghasilan mingguan diperolehi dari derma jumaat ke jumatan itu adalah sekitar RM100 seminggu, kurang lebih 300 ribuan rupiah sahaja, barangkali hanya cukup untuk menyelesaikan bayaran penggunaan api dan air sahaja,dalam sebulan, kalu kegiatan2 lain sukar mau dipenuhi.
Lebaran kemaren tu, ada ramai anak2 bengkulu yang balik kampung, masjid penuh dan terasa meriah. Memang diharapkan anak2 yang di perantaun itu pulang, selain dapat bertemu anak sanak, sanak saudara, sahabat handai dan kawan2, dapat pula menghulurkan sumbangan sebanyak sedikit dana kepada masjid. Syukur alhamdulillah, pada hari lebaran kemaren itu dapatlah terkumpul kira2 RM1,500.kalu dalam rupiah kurang lebih 5 juta rupiah. Wang ini bolehlah menambah sedikit mana2 kekurangan yang diperlukan. Adalah sangat diharapkan anak2 keriah masjid ini menghulurkan bantuan kepada masjid ini, yang sudah berjaya dan mampu itu secara bulanan, demi kelancaran perjalanan program agama yang telah diatur, untuk mengembangkan ilmu keagamaan sekali gus untuk mengimarahkan masjid ini.
Apa2 yang kita belanjakan kepada perkara2 kebaikkan, walau sebesar zarrah sekali pun, akan dapat dilihatkan amalan itu di hari akhirat nanti.

No comments: