Tuesday, September 1, 2009

Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Dalam suasana berhari raya, aku berasa syukur dapat menunaikan ibadah puasa sebulan sebagaimana yang diwajibkan keatas umat Islam, seharusnya kesyukuran itu dihiasi dengan kata2 memuji Allah dengan bertakbir dan bertahmid dalam waktu yang telah ditetapkan untuk hari raya fitrah ini, iaitu bermula dari selepas solat maghrib sehinggalah selesai menunaikan solat sunat aidilfitri kira2 jam 11 pagi, dinamakan takbir mursal, di pagi hari 1 Syawal.
Sepertinya kebiasannya pada hari raya begini, terutama orang2 di Malaysia mahu pun di Indonesia mereka mengambil peluang memohon maaf di antara satu sama lain, barangkali lojiknya semuaa orang di pagi hari raya, atau pun di hari raya ini, mereka berdada lapang berfikiran terbuka, tidak ada dendam kesumat, tidak ada rasa marah, rasa tidak puasa hati kemaren dilupakan sahaja, lalu menghulur tangan bermaafan, semua agar segala kesalahan terhadap sesama sendiri selesai, mudah2an diterima oleh Allah semuanya.

2 comments:

xxAdmin said...

selamat berpuasa, saya tengah buat ebook cara2 buat blog dan mencantikkan blog tu... Lepas da siap saya bagi ye

www.layan4u.blogspot.com

razali_ahmad said...

terima kasih iz jat, sukanya hati atuk, atuk tunggu aje informasi seterusnya dari iz jat..atuk dah tak sabar nak cantikkan blog atuk,
selamat berpuasa dan berbuka sekali salam.