Friday, October 30, 2009

Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat Dalam Perjalanan Haji.

Tawaf, mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan.
24hb. Oktober, 2009.
Atan, isterinya Hanisah dan ibunya mahu berangkat ke tanah suci menunaikan ibadah haji pada 30 oktober ini menaikki pesawat Saudia Arabia. Dia telah mengadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat di rumahnya malam kemaren. Aku dan isteri sempat hadir ke majlis tersebut . Ramailah anak sanak saudara mara dan sahabat handai juga jiran tetangga hadir bersama memohon doa restu mudah2an mereka selamat dalam perjalanan serta dapat menunaikan ibadah haji dengan baik, mudah2an mendapat haji yang mabrur.Perjalanan haji itu adalah perjalanan ibadah menunaikan rukun Islam yang ke lima, Orang Islam yang mampu dari segi fizikal mentol mahu pun perbelanjaan pergi dan balik dan juga makan minum selama di sana, dan termasuk juga anak2 yang tinggal di rumah, maka hukumnya wajib dan tidak boleh dilengah2kan lagi, hukum wajibnya itu hanya sekali dalam seumur hidup. Pengalaman aku menunaikan haji dalam tahun 2006 yang lalu masih basah dalam ingatanku betapa syahdunya berada di tanah suci itu. Setiap kali laungan azan hati sudah pasti menggamit2 mahu ke masjid. Terasa bagaimana nikmatnya beribadah di Masjid al Haram mahupun di Masjid Nabawi di Madina al Munawara. Setiap tahun apabila sampai musim haji, apa2 juga yang kita alami kemaren itu pasti mengimbau kembali, barngkali bukan aku seorang begitu, sesiapa juga yang pernah kesana akan merasai perkara yang sama. Kebelakangan ini mau pergi haji kena tunggu giliran dengan masa yang agak lama, kalu mendaftar sekarang, barangkali dalam tahun 2020 nanti baru sampai ke giliran kita, Ini bukan apa dikeranakan oleh orang yang mendaftar mau pergi ke sana itu adalah ramai, dan masih ramai lagi menunggu yang belum lepas pergi. Yang mendaftar itu bukan sahaja yang pertama kali mahu kesana, tetapi juga ada yang pernah pergi di tahun yang lepas2 dan mau pergi sekali lagi atau beberapa kali lagi, terpulanglah diatas keazaman dan kemampuan masing2. Ada yang mau pergi tiap2 tahun, itulah makanya pehak pengurusan haji menetapkan bagi yang pernah pergi, ditimbangkan untuk terpilih sekurang2nya selepas masa lima tahun, walau bagaimana jua pun pendaftarannya menyumbang juga kepada susunan giliran pergi ke sana setiap tahun. Insyaallah kalu udah sampai saatnya terpilih jua.

2 comments:

Dzul.June said...

Assalamualaikum Tuan Haji,
Apa kabarnya? Moga sihat2 aja ya. Saya di KL juga sihat. Tanggal 6 November, saya sama isteri akan ke Mekkah untuk menunaikan ibadah Haji. Doakan kami sihat dan di beri rejeki haji mabrur oleh Allah swt. Mohon maaf akan segala salah khilaf saya pada Tuan. Wassalam. Dzul

razali_ahmad said...

Walaikumsalam Dzul and June,
Alhamdulillah kami juga sihat2 aje.
Syukur Dzul berdua diberi peluang menjadi tetamu Allah, menunaikan haji, insyaallah kami doakan semoga Dzul berdua selamat dalam perjalanan yang barakah ini, dan dimudahkan oleh Allah mendapat haji yang mabrur. Kami juga mohon maaf segala kesalahan lahir batin, doakan kami juga ya..wassalam.