Tuesday, November 15, 2011

Bersenam...

Aku coba jadikan senaman itu satu amalan harianku. Setiap hari yang tidak ada apa2 halangan perlu aku lakukan senaman. Setiap kali bersenam itu mengambil masa kira 40 minit. Aku mulakan senaman ini sejak kira2 16 tahun yang lepas sebaik sahaja aku pencen, bersara dari tanggungjawab sebagai kakitangan kerajaan.

Sewaktu mudaku dulu, boleh dikatakan aku tidak ambil serius tentang senaman ini. Pada waktu itu, asalkan peluh keluar dari sebarang aktiviti, aku anggap itu sudah memadai untuk menggantikan senaman. Pokoknya peluh ada keluar dari badan, jadi aku tidak ambil tahu sangat tentang cara2 bersenam.

Lama dahulu aku ada nonton kat tv siaran untuk senaman. Pelbagai cara untuk melakukan senaman, ada yang berbeban di tangan dan ada yang tidak. Aku perhatikan senang sahaja mereka lakukan senaman itu. Mereka tunjukkan secara berkumpulan dan berlatar belakang musik. Ada juga aku mengajuk2 mereka itu bersenam dan terasa tidaklah susah.

Aku mahu pergi ke gym, tidak gamak rasanya dengan umur aku yang sebegini. Lagi pun di tempat aku belum aku temui sebarang gym. Memandangkan hal yang demikin aku beli sendiri alat2 senaman itu. Aku beli sepasang dumbbell, sebatang barbell, sebuah bangku panjang, sebuah besikal dan beberapa keping plates nya belbagi saiz untuk tambah atau kurangkan beratnya. Aku sediakan sebuah kamar sedaerhana besarnya yang aku jadikan konon2nya gym untuk aku. Aku puas hati sepanjang aku bersenam hingga sekarang, aku dapat rasakan kesehatanku adalah bertambah baik dari sebelumnya...Insyaallah akan aku teruskan bersenam..


No comments: