Thursday, November 3, 2011

Cermin Diri...

Penggunaan teknologi masa kini banyak membantu aku melihat kelemahan diri sendiri sama ada yang disedari atau pun tidak.  Di hari2 kebelakangan ini aku cuba menggunakan perakam video yang boleh mengambil diri sendiri tanpa bantuan orang kedua.

Yang aku berpuas hati kemudahan teknologi itu dapat aku merakamkan bacaan al-Quran semasa aku mengaji dua lembar setiap pagi itu. Setiap kali rakaman video yang aku buat itu, aku perdengarkan semula sambil aku menyemak bacaan aku itu satu persatu.

Kalu dari segi suaraku, itu adalah kurniaan Allah kepada aku, kalu dari segi lagunya pula memang aku tidak pernah belajar sebab aku sedar suaraku tidak dapat membentuk ke arah itu. Tetapi dalam sebutan huruf2 arab dan tajwidnya pula aku sangat lemah.

Di atas kesedaran ini sedaya upaya aku cuba memperbaikki lagi bacaan al-Quran aku itu dengan mendengar dan meneliti bacaan Sudais imam masjid al-haram Makkah itu,. Kepada Allah aku memohon...

No comments: